Isnin, 27 April 2015

pengalaman temuduga yang semuanya failed! - part 3


Interview government adalah siri-siri interview yang tak best langsung. Perit. Serba tak kena. interview government untuk jawatan pegawai tadbir dan diplomatik mengkehendaki anda menduduki test- currently depa buat online je kan...zaman aku dulu ujian bertulis manual macam exam tu. tak ingat apa nama test tu. Kpli pun aku pernah mintak dan dapat menduduki test macam tu jugak. Sama je. In total aku pernah dua kali amik test tu utk jawatan pegawai tadbir & diplomatik dan sekali untuk kpli. Mana tah datang seru ada idea suruh aku apply pegawai tadbir padahal langsung tak layak. Test tu ada test matematik, test bahasa malaysia, test personaliti...mmmm rasa macam test bahasa inggeris macam takde je...entah tak boleh recall la. Aku rasa mesti aku failed kat test personaliti haha.yang first tu aku jawab jujur.yang second aku tipu. Yang kpli pun aku tipu. Haha. persetankan.


Ladies...Jangan sesekali pakai baju kemeja dan seluar untuk temuduga kerajaan

Haha..aku hampir ditunjal tunjal pasal jadi beruk makyeh pi pakai tak semenggah masa intebiu pertama aku untuk jawatan pegawai. Sebelum masuk intebiu ada org saring pakaian kita, acik tu kata, saya kalau ikutkan taknak bagi awak masuk ni, tapi saya lepaskan jugak sebab ni first time awak. Awak taktau ke tak boleh pakai macam ni? Hikks..aku tau la acik, saje je test market. Dengan penuh belagak aku abaikan acik tu. Aku engineer la, engineer kena pakai seluar. tu reason bangang aku dalam hati.
Etika berpakaian sangat diutamakan, dulu pakai baju kurung pun kena pakai blazer, sekarang aku dengar dah tak kisah sangat. Tu yang aku menyampah giler intebiu kerajaan. Ada ke patut pentingkan pakaian.blazer bagai. Pegawai la tu sangat! Ko ingat ni negara musim sejuk ke? anti kan aku kan? sebab tu aku sampai sekarang tak dapat kerja kerajaan kahkahkah.


Kena pandai cakap.
Aku tengok kebanyakan orang kerja kerajaan ni depa macam pandai bercakap, kena pandai bercerita, pandai berhujah. Kalau ko rasa ko kena soalan too teknikal....alamat takde peluang la nak dapat. apatah lagi kalau tergagap-gagap. Biar bodoh jawapan takpe, asalkan bercakap rasa kau sorang je betul. Keyakinan. 
Korang kena ingat, bila korang jadi pegawai kerajaan ni function korang adalah pandai sampaikan maklumat mengenai badan kerajaan yang korang bakal wakili. kalau function jabatan kau pun dah tergagap camno nak hadapi dunia luar? Sebagai pegawai ko kena berupaya menjawab soalan dari orang ramai. Pandai tak pandai buat kerja, belakang kira. 
So as a result sebagai seorang yang berat mulut, gagal lah aku untuk merasa kerja kerajaan. Rasa give up teramat sangat sebab takde idea macamana nak improve diri bab bercakap tu.


Ambil giliran terawal
Yang seronoknya kalau dapat interview giliran awal2, korang lepas azab dulu. 
Korang bayangkan interviewer tu nak temuduga ramai kot. Bosan tgk muka sekor sekor, datang pulak ko tak cun, selekeh, cakap pun dengar tak dengar.memang out ar.


Interview tiga calon sekaligus
Interview kerajaan aku yang kedua ni ngok ngek sikit. Sekali masuk tiga orang terus, cepat habis sebab yang dipanggil ramai sangat. tiap2 sesi setengah jam. To tell the truth aku tak suka interview tiga orang sekaligus. Sebab aku konpius sama ada kita ni kena cakap individual ke atau perlu berdikusi. Aku rasa mungkin diorang nak tengok cara kita berdiskusi. Panel ada tiga jugak.
Mula-mula perkenalkan diri sorang-sorang. Pastu diorang keep on tanya sorang-sorang tapi dia lama-lama tak kisah sapa dulu nak bebel. yang ni aku menyampah, aku tak pasti boleh menyampuk atau tidak. Korang rasa?
So entahlah aku dah rasa menyampah dengan interview tu, aku malas nak cakap banyak, lain kali kalau aku kena lagi interview macam ni memang aku nak duduk diam je jadi moderator tengok diorang bercakap. Benda macam ni seriously boleh menganggu konsentrasi bagi yang tak biasa berdiskusi. Dahlah aku tengok intebiuer pun macam dah malas nak layan je. Muka tu menunjukkan macam diorang dah dapat calon yang giliran awal-awal tadi. Itu yang aku cakap, better dapatkan giliran awal. Kalau lama sangat tunggu kita pun dah jadi lemau, dah takde semangat.

Tegas dengan jawapan, jangan gentar untuk berlawan jika anda betul

Cewah, tajuk tak boleh blah. Tapi tak berjaya pun interview huhu. Kadang-kala ada interview yang saje nak menguji korang punya sifat. So the tajuk says it all. Contoh macam aku dapat intebiu pembantu tadbir, awat hang nak jadi kerani ja...ca habag mai kat makcik sat no? Apapun jawapan anda, bertegas. Aku tak pasti jawapan yang bagaimana diorang nak dengar. Just be honest.

Korang kena ada pendapat sendiri macam ayat kat blog ni.


Ada kegiatan luar tu penting
Yup. Betul tu, sijil masih relevan untuk apply government. Swasta pulak..depends kot. So paling tidak, korang pergi la daftar 1M4U. Hobi melancong pun kira kegiatan luar jugak, korang boleh je cerita tapi tu la xde sijil xde guna juga.
Aku ada terbaca blog pn.rozita Ibrahim pengasas sendayu tinggi, cuba tengok entri ini, ada kaitan juga untuk berjaya temuduga.





Papepun masa inteview please be calm.  Bernafas macam biasa. Fikirkan anda sudahpun bekerja di syarikat itu dan anda sedang represent syarikat tu pada orang lain. Of course minta Allah mudahkan jika benar itu rezeki anda, tempat anda cari rezeki untuk membantu memenangkan agamaNya. jadi ustazah tetibe.



Baik korang pegi kat blog ni daripada baca cerita merepek aku interview ptd.



So, good luck!


End of cerita intebiu.

1 ulasan:

  1. Play at the Borgata: The Top Casino Games, Hotels & Experiences
    The Borgata 진주 출장마사지 is a 이천 출장안마 new casino that is part of the Borgata Hotel and Casino. It 서산 출장마사지 has been open since June 2010 안산 출장샵 and is open 24 hours a 제주도 출장안마 day,

    BalasPadam