Jumaat, 22 Julai 2016

resepi: nasi lemak ekspres

pada suatu hari tu kan aku janji nak buat nasik lemak untuk sarapan. sekali keesokan hari aku terrrlajak tido dan bangun lewat sbb aku dah tertido balik lepas subuh. aku bangun dah pukul 9, hai...dah lewat kalau nak buat nasik lemak tapi aku buat jugak. nasib baik  waktu subuh aku dah rendamkan ikan bilis dan ayam. so kena bertindak pantas siapkan nasik lemak dalam waktu sarapan yang ideal yakni sebelum pukul 10. hoh..dalam masa sejam nak siapkan nasik lemak...boleh boleh..cik siti boleh! nak pantas, ikut step ni hora horey!! (meloncat macam didi & friends)

STEP 1:  goreng ikan bilis
first sekali aku goreng ikan bilis.macam aku cakap tadi aku dah rendam masa bangun subuh tu, bangun je tido terus toskan. then bukak api dengan minyak yang agak banyak sampai tenggelam ikan bilis. pastikan minyak betul2 panas then baru humban kesemua ikan bilis banyak mana kau nak hahaha. barulah rangup.

STEP 2: gorengkan ayam separuh masak 
masa ikan bilis tgh goreng tu bolehlah lumur ayam dgn serbuk kunyit dan garam dan goreng macam biasa.

 STEP 3: rebus telor
rebus je sampai jadi telor rebus hehe..telur rebus takpe berapa lama nak rebus pun takde hal,kalau telur separuh masak atau korang nak telur goyang tu ha aku belum terer lagi, tengah duk prektis hahaha

STEP 4: masak nasik lemak
alrite, lauk pauk siap dulu baru nasik kahaha..halban sungguh aku nie. amik beras dan cuci cambiasa. last sekali masukkan sekotak santan. then bubuh air setakat yg korang selalu masak. normally sekotak santan dgn air tu cukup untuk 2 pot nasik. sebatikan santan+air+berasa dengan kacau2 sikit. lepas tu hiris halia dan bawang merah agak2 je, takyah banyak sgt, pastu bubuh daun pandan baru la Wangi.takdak daun pandan takpa..aku rasa daun kari pun boleh bubuh kot (eh macam nasik kandaq plak la buh kari)...ada jugak org kata bubuh halba sikit.. tapi aku tak pernah try lagi, nanti aku try na..

STEP 5: teruskan masak ayam masak merah
ok..at this stage sebenarnya kena la ada sambalnye kan? ayam yang tadi tu aku buat je masak merah macam resepi aku kat entri ni.

STEP 6: potong telor rebus & timun.

siap...haha siap. sedap kemain! ekspress kan? baca pun rasa macam ekspres je..heww

 

Jumaat, 29 Januari 2016

resepi : ayam masak merah geng pemalas bersiri


korang tau tak, menurut diri sendiri, aku telah diiktiraf sebagai pakar menyimplekan resepi tapi sedap dan menjadi.

ada dua cara aku selalu simplekan masakan ni..satu cara malas, satu cara rajin sikit je...hikks

 


cara malas

ni aku titipkan cara paling senang dan malas, itupun depends pada korang suka ke tak pakai cili giling yang siap sedia dah jenama Puteri tu. Jenama lain pun boleh. tapi orang kata jenama Maz tak bersih, ada jari org ke cicak dlm tu haha..geli den!

bahan yang korang perlu just these (bajet utk 2 org makan, 4 ketol ayam):

4 ketol ayam (4 ketol tau bukan 4 ekor, hantu raya ke apa sampai 4 ekor)
5 ulas bawang merah kecik yang bila kupas korang nangis
4 sudu besar cili giling segera jenama Puteri
2 sudu besar gula
garam secukup rasa

sebenarnya aku estimate je semua tu, kalau tak ikut pun xpe berapa bijik bawang merah, berapa sudu itu ini. ikut suka korang.tapi aku nasihatkan kena guna bawang merah yang kaler dia terang tu aka bawang merah ros. bawang merah tu lebih manis. tapi..still, up to you lah!

cara2 dia, sepantas Watson nyambek korang boleh siapkan...

1. of course la basuh ayam bersih2...tak tahu basuh ayam? aku pun tak tahu muehehe..org kata basuh dgn tepung+air. ke ada yg basuh pakai sabun?

2. lepas dah bersih, lumurkan ayam dgn garam dan serbuk kunyit. pastu goreng separuh masak pun takpe, dua paruh masak pun takpe.

3. cara nak buat masak merah dia, sonang baitu! korang hiris halus bawang merah. tumis almost garing atau sampai naik bau. tumis dgn api sederhana.

4. dah tu bubuh la cili giling puteri tu. pastu tumis hingga pecah minyak. sebenarnya aku pun tak tau rupa pecah minyak tu macamana. aku agak2 je...pecah minyak ni macam korang nampak minyak je kat atas berbuih berlunang2 sambal korang tu. tgk gambar kat bawah.

5. dah pecah minyak tu bubuh gula. kalau masak style simple ni aku suka maniskan sikit kuah. memang 2-3 sudu besar gak aku bubuh gula. biarkan gula sebati dgn sambal tadi, boleh bubuh garam sikit dan terus bubuh ayam yg dah digoreng awal2 tadi.

6. adjust kepekatan kuah yg korang suka. kalau aku biar kering sikit pun xpe. kalau korang nak kuah banyak, better lebihkan bahan2 tumis dan cili giling masa awal2 tadi. kalau nak bubuh air masa last minit pun boleh tapi aku tak berapa suka rupa dia, Nampak tak sedap bila bubuh air byk sgt part last2. kalau nak bubuh jugak bubuh sikit by sikit. presentation pun penting biar tak sedap pun.

tu cara masak ayam masak merah geng pemalas bersiri. lepas dah pro buat byk2 kali pandai2 korang la nak adjust bubuh sos ke apa ke. basicnya dulu mesti ada haha..masa mula2 masak dulu, husb request byk kali, siap cakap kat mak dia I pandai masak ayam masak merah. gila malu I...benda sonang tahap malas cipraut tu yg dipujinya.




cara rajin sikit

(bajet utk 2 org makan, 4 ketol ayam):

4 ketol ayam
1 batang cabai hidup/cili merah
1 ulas bawang merah kecik (takde takpe-takde signifikan pun bubuh seulas haha)
1 ulas bawang putih (takde takpe jugak)
1 biji bawang besar
1 batang serai
3-4 hiris kunyit
3-4 hiris halia (takde takpe)
4 sudu besar cili giling segera jenama Puteri
2 sudu besar gula
garam secukup rasa

cara masak ni sesuai jugak untuk makan dgn nasik lemak. aku perati kakak ipar aku masak sebab dia selalu dtg rumah. so aku stalk la cara dia masak.

cara2 dia, pun sepantas kat atas jugak

1. normally kalau nak buat masak ni aku suka sediakn bahan2 and blend dulu. ayam kemudian. sukahati kroang nak buat yg mana dulu. so, blend semua segala mak nenek yang aku list tu kecuali ayam, gula/garam. ha..dgn cili giling tu sekali blend..takde hal.

dalam ni takde serai sebab aku terlupa..rasa still sama je ada ke takde



2. lepas dah basuh ayam, lumurkan ayam dgn garam dan sedikit serbuk kunyit.sikit je, sebab haritu kakak ipar aku masak camni best gak..dia tak bubuh langsung kunyit. pastu goreng separuh masak.



ni sebab ada lebihan kunyit idup, aku hiris2 halus dan lumurkan, xbuh kunyit pun xpe..buh garam je


 

separuh camni je aku suka



3.  tumis dgn api sederhana bahan blend hingga pecah minyak.

macam ni kot pecah minyak haha...




5. dah pecah minyak tu bubuh gula. biarkan gula sebati dgn sambal tadi, boleh bubuh garam sikit dan terus bubuh ayam yg dah digoreng awal2 tadi. basicly sama je dgn cara malas kat atas tu.






ni hasilnye..tadaaa..more to sambal nasik lemak kan hihik

Haa..gigih aku tau pi duk tangkap gambaq masa buat ni..baik hampa semua pi try lekaih..tak try siap la


Rabu, 29 Julai 2015

resepi : masak sayur paling senang dalam sejarah dunia


haha..tajuk tak menahan.


cara simpan sayur

cara simpan dia, korang bungkus terus dengan plastik basah. kira mcm korang balik je dari pasar tu, sekali dengan plastik2 tu korang mandikan sekali dgn sayur tu, basuh tak bersih takpe setakat nak simpan. then bubuh dalam peti sejuk tempat sayur, make sure takde selai pun daun sayur tu terkena hawa peti sejuk. haha..biar dia sejuk  dalm plastic tu. kalau bayam almost dua minggu jugak bertahan segar bugar. kalau sawi seminggu dia dah start kuning2. kangkung pulak suka lembik2 habis hancur daun. make sure plastk asing2 bila simpan sayur tu.

jadi nyah...korang tau idok cara paling sonang nak masak sayo bayam n kangkung ni? meh..hakak paling malas di dunia ni nak kabor...bahan-bahan rencahnya hanyalah kiub pati ikan bilis (belasah je jenama apa pun..ada aku heran?) dan perencah sayur goreng (rasanya adabi je kot ada perencah ni..entah..suketi korang la).


                                                                  *****************

kiub pati ikan bilis + bayam

resepi ni suami aku yang rekacipta haha..

korang potong2 bayam tu, potong tu tak payah kot potong daun dia macam sawi, just select setangkai2 macam dalam gambar google ni. tapi, its still up to you, korang suka yang macam mana, aku taknak hirau. ni pandauan utk yang xde idea camna nak potong sayoq ni.


ini la bayam yang paling aku suka. ada lagi satu warna hijau semua, lagi satu warna merah semua, warna merah semua tu macam tak sedap je hehe




lepaih dah potong gitu, basuh bersih2 sebab bayam ni selalu aku beli ada banyak pasiaq (pasir) dan normal ada ulat sayur hehe. caranya kalau rajin, alirkan setiap helai/rumpun bayam dengan air paip yang mengalir dan seterusnya rendam seketika dalam air dan tambah garam kasar (garam apa pun xpe). kalau  malas nak basuh selai2, Korang rendam je terus lepas basuh. kalau aku nak pastikan kebersihan, lepas beberapa ketika rendam dgn garam tu, aku toskan then ulang 3 - 4 kali rendam kejap2 tos, kejap2 tos. sampai air yang bekas rendam tu dah xde habuk2 especially pasir. sampai air rendam tu dah clean. insyaAllah bersih dah.

lepas dah puas hati basuh sayur bagai nak runtuh rumah, amik periuk bubuh air dalam sepertiga periuk tu dan didihkan air tu. lepas dah didih bubuh kiub pati ikan bilis. kacau2 sampai kiub dah sebati jadi air, then bubuh bayam korang tadi. kalau rasa air tu sikit sangat, tambah air. aku nasihatkan tak perlu banyak sangat air, agak2 dah terendam semua je. pastu rebus sampai tahap kelayuan sayo yang korang suka. kalau aku, dah tak tambah apa2 perisa dah garam ke gula semua tak bubuh dah. semata2 kiub tu je bagi rasa.
then bolehla dimakan begitu saje...yippiee!!!
 



warning:
sesetengah orang tak berapa suka rasa hanyir dari pati kiub ikan bilis tu, kalau tak suka, jangan buat haha..kalau kehingin jugak, korang kurangkan la sukatan kiub tu. normal utk bayam harga seringgit (satu ikat kat pasar malam tu), satu kiub je dah perfect.

hehe..walaupun sonang, jangan amalkan sangat makan kiub2 segera bagai. kalau boleh buat sendiri kiub tu lagi bagus. cana nak buat? google je...memang ada orang buat kiub/pati tu sendiri.


                                                             ******************


perencah sayur goreng + kangkung

kangkung sebanyak ni boleh dihandle oleh sepeket perencah sayur goreng tu






sama jugak macam nak buat bayam , kali ni guna perencah sayur goreng adabi. sama je step cuma bukanlah rebus.
kali ni kita goreng. korang tumis perencah sampai wangi, tambah sikit garam dan gula. sikit je kalau tak tawar la sikit masakan korang. lepas tu terus la goreng kangkung sampai layu tahap yang korang suka. sonang kan? bagi aku perencah ni mmg sgt sesuai dengan kangkung. dengan sayur lain mcm kureng sikit...tak pernah try pun dgn sayo lain.
 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku bagi resepi simple ni untuk kes2 nak cepat atau malas tahap gaban boleh la, sebab tak elok sangat asyik makan benda2 segera ni. untuk resepi 'sebenar' yang menggunakan bahan semulajadi macam bawang, cili bagai, korang cari blog orang lain la ek...setambung diorang share. tak perlu kot aku ulang tayang.hikks.


nanti aku share lagi resepi simple mimple yang selalu aku buat bila syaitan malas menghinggap kat diri aku. aku alu2kan kalau korang hade nak share resepi simple tahap budak darjah satu leh masak. sonang aku tinggalkan resepi cenggini kat anak aku bila dia dah skolah nanti...mak malas tak sempat masak nokks..haha