Isnin, 8 Jun 2015

resepi : asam rebus main campak-campak lepas tu tak sedap haha

Resepi aku ni aku reka sendiri sebab malas nak ikut betul2 resepi yang ada. Aku paling avoid masak masakan yang kena blend, kena tumbuk semua2 tu memang aku rasa nak nanges je. suami aku bagi gelaran pemalas bersiri kat aku hehe. Bagi aku resepi ringkas ni tak sesedap masakan yang dimasak oleh orang tua-tua. Rasa dia ok la, boleh tolerate dengan tahap kemalasan kau. bukan lah tak sedap sangat, sodap jugak. hikk
Resepi ni khas untuk orang pemalas macam aku tapi kehingin sangat nak makan ikan masak asam rebus atau belah utara panggil asam pedas atau pindang. Tapi aku lebih rela namakan asam rebus sebab memang aku rebus je asam tu bahaha .. tak la maksudnya, kalau asam pedas yang betul2 kena blend bagai kan? Blend cili kering dan bahan2 lain, ha, yang ni tak do dah nye. Simple mimple, pejam bijik mata pun leh buat.

Bahan-bahan (ni untuk sekor ikan, sorang makan)
Sekor ikan (yang paling aku suka ikan temenung (kembong), ikan selar pun boleh, ikan lain aku tak tau sesuai ke tak)
2 ulas bawang putih - hiris
1 bijik bawang merah - hiris
1 inci lengkuas – dititik (dititik tu macam tumbuk sekali hentak bagi pecah je)
1 inci halia - dititik
½ inci kunyit - dititik
1 btg serai – dititik
Kiub pati ikan bilis (kalau sekor ikan letak separuh, kalau lebih letak satu kiub)
1 keping asam gelugor (asam keping)
Garam
Gula
Air masak
Bahan optional (takde takpe)
Lady’s finger haha speaking pulak ..kacang bendi la – tak payah potong
Tomato – dikerat empat

Cara masak
  1. Bersihkan ikan tu. Buang perut, sisik bagai. Aku kalau beli ikan aku suruh orang kat pasar buang siap2 dah perut semua. Balik bersihkan lagi sekali je biar betul2 bersih samada korang nak basuh dengan air beras, air asam jawa atau asam jawa+limau nipis, terpulang. Kalau ikut supermalas aku, basuh air biasa je hihi, janji selawat dan insyaAllah bersih. Dah bersih tu, ketepikan dulu.
  2. Bubuh air dalam anggaran menumis, dalam satu cawan. Bila air dah panas sikit, masuk semua bahan kecuali ikan, garam, gula.
  3. Bila dah mendidih baru taruk ikan, asam keping. Tambah air sikit lagi sampai agak tenggelam ikan tu. Biar mendidih sekali lagi baru masukkan kacang bendi, garam dan gula. Last sekali baru taruk tomato. Tadaa...dah siap, magik kan? Magik tu magik jugak, tapi jangan lupa menuntut ilmu yang betul dari mak mertua haha.
Jemput makan .. asam keping tu jap gi lesap aku buat ratah haha

Masakan sesimple ni takkan capai tahap asam rebus mak korang buat. So jangan expect sedap sangat la ye. Tapi kalau tetibe sedap, kena dengan selera korang..Alhamdulillah...janji kenyang. 
Aku penat-penat tulis resepi ni pun untuk bantu hadik2 yang baru mula nak belajor masak yang segan2 nak tanya mak mertua (macam aku) dan jugak yang untuk ibu yang super busy tapi tak tahu macamana nak meringkaskan masakan. hihi macam bagus je aku kan?