Rabu, 29 Julai 2015

resepi : masak sayur paling senang dalam sejarah dunia


haha..tajuk tak menahan.


cara simpan sayur

cara simpan dia, korang bungkus terus dengan plastik basah. kira mcm korang balik je dari pasar tu, sekali dengan plastik2 tu korang mandikan sekali dgn sayur tu, basuh tak bersih takpe setakat nak simpan. then bubuh dalam peti sejuk tempat sayur, make sure takde selai pun daun sayur tu terkena hawa peti sejuk. haha..biar dia sejuk  dalm plastic tu. kalau bayam almost dua minggu jugak bertahan segar bugar. kalau sawi seminggu dia dah start kuning2. kangkung pulak suka lembik2 habis hancur daun. make sure plastk asing2 bila simpan sayur tu.

jadi nyah...korang tau idok cara paling sonang nak masak sayo bayam n kangkung ni? meh..hakak paling malas di dunia ni nak kabor...bahan-bahan rencahnya hanyalah kiub pati ikan bilis (belasah je jenama apa pun..ada aku heran?) dan perencah sayur goreng (rasanya adabi je kot ada perencah ni..entah..suketi korang la).


                                                                  *****************

kiub pati ikan bilis + bayam

resepi ni suami aku yang rekacipta haha..

korang potong2 bayam tu, potong tu tak payah kot potong daun dia macam sawi, just select setangkai2 macam dalam gambar google ni. tapi, its still up to you, korang suka yang macam mana, aku taknak hirau. ni pandauan utk yang xde idea camna nak potong sayoq ni.


ini la bayam yang paling aku suka. ada lagi satu warna hijau semua, lagi satu warna merah semua, warna merah semua tu macam tak sedap je hehe




lepaih dah potong gitu, basuh bersih2 sebab bayam ni selalu aku beli ada banyak pasiaq (pasir) dan normal ada ulat sayur hehe. caranya kalau rajin, alirkan setiap helai/rumpun bayam dengan air paip yang mengalir dan seterusnya rendam seketika dalam air dan tambah garam kasar (garam apa pun xpe). kalau  malas nak basuh selai2, Korang rendam je terus lepas basuh. kalau aku nak pastikan kebersihan, lepas beberapa ketika rendam dgn garam tu, aku toskan then ulang 3 - 4 kali rendam kejap2 tos, kejap2 tos. sampai air yang bekas rendam tu dah xde habuk2 especially pasir. sampai air rendam tu dah clean. insyaAllah bersih dah.

lepas dah puas hati basuh sayur bagai nak runtuh rumah, amik periuk bubuh air dalam sepertiga periuk tu dan didihkan air tu. lepas dah didih bubuh kiub pati ikan bilis. kacau2 sampai kiub dah sebati jadi air, then bubuh bayam korang tadi. kalau rasa air tu sikit sangat, tambah air. aku nasihatkan tak perlu banyak sangat air, agak2 dah terendam semua je. pastu rebus sampai tahap kelayuan sayo yang korang suka. kalau aku, dah tak tambah apa2 perisa dah garam ke gula semua tak bubuh dah. semata2 kiub tu je bagi rasa.
then bolehla dimakan begitu saje...yippiee!!!
 



warning:
sesetengah orang tak berapa suka rasa hanyir dari pati kiub ikan bilis tu, kalau tak suka, jangan buat haha..kalau kehingin jugak, korang kurangkan la sukatan kiub tu. normal utk bayam harga seringgit (satu ikat kat pasar malam tu), satu kiub je dah perfect.

hehe..walaupun sonang, jangan amalkan sangat makan kiub2 segera bagai. kalau boleh buat sendiri kiub tu lagi bagus. cana nak buat? google je...memang ada orang buat kiub/pati tu sendiri.


                                                             ******************


perencah sayur goreng + kangkung

kangkung sebanyak ni boleh dihandle oleh sepeket perencah sayur goreng tu






sama jugak macam nak buat bayam , kali ni guna perencah sayur goreng adabi. sama je step cuma bukanlah rebus.
kali ni kita goreng. korang tumis perencah sampai wangi, tambah sikit garam dan gula. sikit je kalau tak tawar la sikit masakan korang. lepas tu terus la goreng kangkung sampai layu tahap yang korang suka. sonang kan? bagi aku perencah ni mmg sgt sesuai dengan kangkung. dengan sayur lain mcm kureng sikit...tak pernah try pun dgn sayo lain.
 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku bagi resepi simple ni untuk kes2 nak cepat atau malas tahap gaban boleh la, sebab tak elok sangat asyik makan benda2 segera ni. untuk resepi 'sebenar' yang menggunakan bahan semulajadi macam bawang, cili bagai, korang cari blog orang lain la ek...setambung diorang share. tak perlu kot aku ulang tayang.hikks.


nanti aku share lagi resepi simple mimple yang selalu aku buat bila syaitan malas menghinggap kat diri aku. aku alu2kan kalau korang hade nak share resepi simple tahap budak darjah satu leh masak. sonang aku tinggalkan resepi cenggini kat anak aku bila dia dah skolah nanti...mak malas tak sempat masak nokks..haha