Jumaat, 22 Julai 2016

resepi: nasi lemak ekspres

pada suatu hari tu kan aku janji nak buat nasik lemak untuk sarapan. sekali keesokan hari aku terrrlajak tido dan bangun lewat sbb aku dah tertido balik lepas subuh. aku bangun dah pukul 9, hai...dah lewat kalau nak buat nasik lemak tapi aku buat jugak. nasib baik  waktu subuh aku dah rendamkan ikan bilis dan ayam. so kena bertindak pantas siapkan nasik lemak dalam waktu sarapan yang ideal yakni sebelum pukul 10. hoh..dalam masa sejam nak siapkan nasik lemak...boleh boleh..cik siti boleh! nak pantas, ikut step ni hora horey!! (meloncat macam didi & friends)

STEP 1:  goreng ikan bilis
first sekali aku goreng ikan bilis.macam aku cakap tadi aku dah rendam masa bangun subuh tu, bangun je tido terus toskan. then bukak api dengan minyak yang agak banyak sampai tenggelam ikan bilis. pastikan minyak betul2 panas then baru humban kesemua ikan bilis banyak mana kau nak hahaha. barulah rangup.

STEP 2: gorengkan ayam separuh masak 
masa ikan bilis tgh goreng tu bolehlah lumur ayam dgn serbuk kunyit dan garam dan goreng macam biasa.

 STEP 3: rebus telor
rebus je sampai jadi telor rebus hehe..telur rebus takpe berapa lama nak rebus pun takde hal,kalau telur separuh masak atau korang nak telur goyang tu ha aku belum terer lagi, tengah duk prektis hahaha

STEP 4: masak nasik lemak
alrite, lauk pauk siap dulu baru nasik kahaha..halban sungguh aku nie. amik beras dan cuci cambiasa. last sekali masukkan sekotak santan. then bubuh air setakat yg korang selalu masak. normally sekotak santan dgn air tu cukup untuk 2 pot nasik. sebatikan santan+air+berasa dengan kacau2 sikit. lepas tu hiris halia dan bawang merah agak2 je, takyah banyak sgt, pastu bubuh daun pandan baru la Wangi.takdak daun pandan takpa..aku rasa daun kari pun boleh bubuh kot (eh macam nasik kandaq plak la buh kari)...ada jugak org kata bubuh halba sikit.. tapi aku tak pernah try lagi, nanti aku try na..

STEP 5: teruskan masak ayam masak merah
ok..at this stage sebenarnya kena la ada sambalnye kan? ayam yang tadi tu aku buat je masak merah macam resepi aku kat entri ni.

STEP 6: potong telor rebus & timun.

siap...haha siap. sedap kemain! ekspress kan? baca pun rasa macam ekspres je..heww